Insan & Komuniti 05 Dec, 2022

Video| Terbaik punya! 5 anak muda dipuji! Bersihkan sungai tersumbat! Akibat penuh longgokan sampah!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this


TINDAKAN murni lima orang pemuda redah sungai yang penuh dengan longgokan sampah untuk menjaga tahap kebersihan dan mestikan sungai mengalir dengan lancar telah mencuri perhatian ramai sehingga menjadi tular dalam media sosial dengan lebih 15 juta tontonan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @pandawaragroup, menunjukkan semua pemuda itu mengerah keringat tanpa memikirkan kesan kotoran yang terpaksa dihadapi mereka untuk membersihkan sungai demi memelihara alam khazanah itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan usaha bersihkan sampah-sarap


“Di sungai hanya ada batu, air, ikan dan tumbuhan bukannya sampah,” ujarnya dalam aplikasi TikTok.

Rata-rata pengguna media sosial menjadikan usaha lima pemuda ini sebagai sebuah inspirasi dan memuji kebaikan yang dibawa oleh semua anak muda yang cintakan alam sekitar.



“Masyaallah, semoga bila anak saya sudah besar nanti, beliau juga akan cintakan alam. Tahniah anak muda,” kata @nienasamsir.

“Ini kerja gila, satu dalam sejuta. Mantap dan padu,” jelas @Abeiz.

“Terbaik, bukan semua orang boleh lakukan kerja seperti ini,” tulis @MrOs. - KitaReporters


15
12
0
12
0
You will be interested