Hiburan 08 Nov, 2019

ADA PIHAK SOROK SKRIP FILEM JATI DIRI MELAYU?

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA 5. Advisor Takaful Great Eastern Berhad

0

Share this
KARYAWAN filem tempatan perlu mengambil kesempatan daripada kempen Buy Muslim First (BMF) untuk tergabung dan menampilkan filem bertemakan jati diri dan adat budaya bangsa Melayu termasuk menonjolkan kehebatan aksi silat.

Jai Ghani dedah skrip sentuh jati diri Melayu sengaja disembunyikan oleh produser.


Silat dilihat sebagai pusaka warisan sejak berkurun-kurun lamanya yang merentasi jarak generasi sebagai obor pembakar semangat sayangkan agama, bangsa dan tanah air.

Ini kerana sekarang, negara hampir tidak ada satu karya yang dedahkan sifat jati diri, budaya, sejarah dan identiti Melayu, yang kaya dengan ilmu pertahankan diri termasuk seni silat.  

Skrip rahsia kehebatan bangsa orang Melayu yang selama ini cuba difilemkan, sengaja disorokkan oleh produser tertentu kerana bimbang orang Melayu akan turut dipuja oleh masyarakat dunia, kata bekas Penerbit Astro Shaw, Jai Ghani.

Jai pernah beberapa kali cuba membangkitkan cadangan menghasilkan filem aksi silat dan seni mempertahankan diri pelbagai bangsa di negara ini seperti filem Ong Bak lakonan Tonny Ja yang menonjolkan seni Muay Thai. 

Setiap kali itulah "proposal"nya,  kerap menjadi mangsa 'politik dalaman'. Beliau percaya seni silat Melayu lebih hebat dan boleh popular setara filem dibintangi Jackie Chan dan Bruce Lee dengan aksi kungfunya. 

Malah filem aksi silat Indonesia sudah lama menjadi pilihan penonton negara ini sejak zaman 70-an dan terkini filem aksi lasak lakonan Iko Uwais dari filem Merantu dan Raid telah berjaya membawa filem itu ke persada antarabangsa.

Ukiran Panglima Awang Hitam.


Malah usahanya mengetengahkan skrip cadangan Panglima Awang Hitam untuk diangkat ke layar filem, bukan sengaja dilengahkan penilaian tetapi juga terpaksa melalui proses birokrasi yang akhirnya 'hilang' ditelan masa. Alasan sukar diterima kononnya tiada bajet dan nilai komersial.

Seandainya filem itu berjaya difilemkan, ia mungkin setaraf filem Pirate Of Carribean kerana Panglima Awang Hitam adalah inspirasi kisah kelasi kapal yang diangkat sebagai orang kanan penjelajah Sepanyol, Ferdinand Magellan yang belayar ke Hindia Timur dari 1919 hingga 1922.

Kemudian ketika berlabuh singgah di Melaka, bahtera Portugis itu ditumpangi Panglima Awang itu dan apabila Magellan terbunuh di Mactan Filipina, pelayaran itu diteruskan oleh Panglima Hitam. Malah patung Panglima Awang menyerupai Jack Sparrow dalam filem itu. 

Panglima Awang juga dikenali sebagai Enrique de Malacca, Henry the Black @ Henricus Nigrum membuktikan Pirate of Carribean berdasarkan kisah benar itu.

Kisah pelayaran Panglima Awang Hitam.


Jai berkata, selagi produser Melayu hilang hala tujuan, jati diri dan tiada identiti dsebagai tunjang pembikinan filem, sampai bila-bila pon filem tempatan akan di takuk lama dan kini ditambah persaingan hebat daripada Youtube serta drama yang hancur bocai, maruah filem Melayu sering menjadi bahan lawak sekaligus membuat peminat hilang hormat pada industri filem negara.

Sebagaimana detik Studio Jalan Ampas di Singapura gulung tikar, kejatuhan industri perfileman Melayu belum ada tanda-tanda akan bangkit semula sehingga kini yang  tinggal hanya 'hampaS' dan hanyut tanpa identiti bangsa Melayu.

Bekas pelakon filem dan drama sebelum menjadi penolong pengarah pembikinan projek Mahadi J Murat ini ditawarkan jawatan Penerbit Penyelaras Astra Shaw untuk mengawal selia serta membiayai banyak penerbitan filem hits termasuk Ombak Rindu, Pilot Cafe dan Dukun. 

"Sebelum ini, ada filem adaptasi novel Mira Idora dan Ranjau Sepanjang Jalan, bila di Astro, kami ada jawatankuasa khas menilai novel  yang boleh "jual" jika difilemkan. 

"Ombak Rindu, contohnya melalui proses beberapa kali reshoot untuk sudut menarik," katanya.


Jai juga menjadi orang terawal berusaha mengadaptasikan novel ke layan filem. Novel pertamanya Legenda Budak Setan karya Ahadiat Akashah berjaya membuat kutipan pecah panggung dan Ombak Rindu mencapai lebih RM10 juta, pendekatan terbaharu memberi wajah pada filem tempatan.

Sebaik menamatkan pengajian, Jai menjadi krew produksi termasuk dengan Ogy Production, Tarantula Production, Pansha Filem dan beriringan dengan artis M Nasir, Kumpulan Kopratasa dan Pyanhabib yang dulu digilai remaja. Jai memilih berkarya di sebalik tabir selepas melihat industri filem semakin tersasar termasuk buat filem syok sendiri. Malah dia kadangkala tertawa sendirian apabila ramai kawannya segan menawarkannya berlakon kerana bayaran terlalu murah.

Satu-satunya yang mungkin buatkan Jai terkilannya ialah tidak sempat merealisiskan skrip Malacca 1511 -  Kejatuhan Empayar Melayu ke filem. 

Tragedi yang ramai  tak tahu Kerajaan Kesultanan Melaka bukannya dijatuhkan sehari dua oleh Portugis.  Malah yang bersengkokol dengan Portugis juga pedagang India dan Cina. Selama tiga bulan Portugis berkubu, berperang dan askarnya memang tidak mampu menewaskan tentera Melayu.

Sepanjang pembabitan,  Jai juga belum berjumpa dengan pengarah yang 'serba pandai'. Ada pelakon hebat tetapi tidak tahu bidang seni lain yang boleh menambah baik lakonan. Begitu juga ada ramai karyawan menjadi pengarah secara bidan terjun. 

Sebuah filem memerlukan modal asas RM1.5 juta dan produser  menaruh harapan dengan  wajib tayang untuk mempromosikan filem dan mendapat pulangan modal menerusi kutipan tiket.

 

You will be interested

SELEPAS 58 TAHUN, BOND TETAP 'MEMBUNUH'

MENJELANG tahun 2020, genaplah 58 tahun usia filem perisikan penuh aksi, James Bond. Dalam tempoh itu, enam pelakon memegang peranan sebagai ejen perisik itu.

Ahmad Abd Hamid in Hiburan 1 week ago

30 LAGU BERENTAP PADA SEPARUH AKHIR MM34

Persaingan 30 buah lagu bagi merebut 12 tempat di pentas AJL34 kelak bakal bermula pada 15, 22 dan 29 November 2019 ini.
Fariza Saidin in Hiburan 3 days ago

ALAMAK!! TIZ ZAQYAH KENA SERBU HANTU

Suasana hantu berkeliaran menyakat orang ramai itu berlangsung semasa pesta Nights of Fright 7 di Sunway Lagoon, Sunway, Selangor
Kartini Mohd Noor in Hiburan 5 days ago

TAHNIAH! NADIA, HUSAINI KE I-SING WORLD 2019

SIAPA pernah mendengar mengenai pertandingan nyanyian antarabangsa I-Sing World?
Fariza Saidin in Hiburan 1 week ago

SYUKUR!! GALERI RAIHAN KINI DI GALERI RAHSIA

Bagi mereka yang mahu menyaksikan sendiri pameran berkenaan kumpulan Raihan, boleh berkunjung ke Galeri Rahsia di Ampang, Kuala Lumpur.
Azmah Dahari in Hiburan 1 week ago
v