Seni & Sukan 23 Nov, 2022

Video| Piala Dunia 2022: Amat mengejutkan! Arab Saudi aibkan Argentina 2-1! Aksi pembukaan di Qatar!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


CALON untuk muncul juara Piala Dunia 2022, Argentina bermula langkah kiri selepas dimalukan dengan kekalahan 1-2 kepada Arab Saudi dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C. Kekalahan ini menyebabkan Argentina menempah laluan sukar dan perlu menang dua perlawanan terakhir

Bagi pasukan Asia ini, mereka berjaya mengejutkan Argentina dan meleburkan rekod tanpa kalah sebanyak 36 perlawanan sebelum ini. Kemenangan ini juga membolehkan Arab Saudi berada kedudukan teratas kumpulan ketika ini.  


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Piala Dunia



Dalam perlawanan yang berlangsung, Argentina terlebih dahulu berada di hadapan selepas pemain terbaik dunia, Lionel Messi mudah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-8. Mereka menguasai permainan dan mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol. 

Argentina berjaya meledak dua jaringan sebelum tamat separuh masa pertama namun dibatalkan kerana disahkan pemain berada dalam kedudukan offside. 

Arab Saudi berjaya bangkit di separuh masa kedua menerusi Saleh Al-Shehri pada minit ke-49 sebelum Salem Al-Dawsari menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-53. 

Argentina cuba melakukan pelbagai serangan untuk mencari gol penyamaan namun mereka gagal dan pujian harus diberikan kepada penjaga gol Arab Saudi, Khalil Al-Owais yang bertindak cemerlang dalam perlawanan ini selepas menafikan banyak percubaan berbahaya daripada lawan mereka. 

Arab Saudi hanya perlukan satu lagi kemenangan untuk mencerahkan peluang mereka ke pusingan kedua dan itu bukan satu tugas mudah namun ia tidak mustahil bagi wakil Asia ini terus mencipta kejutan di Piala Dunia kali ini yang berlangsung di Qatar. - KitaReporters


11
14
0
11
0
You will be interested