Seni & Sukan 29 Jan, 2023

Enam Muhammad! 6 pelajar SM Pelagat, Besut dipilih jalani sukan tinju! Wakili Terengganu Sukma 2024!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Enam pelajar SM Pelagat,Besut akan menjalani latihan tinju untuk mewakili Terengganu ke SUKMA 2024


PERSATUAN Tinju Negeri Terengganu (PTNT) mengaktifkan aktiviti sukan lasak tersebut dengan menubuhkan lebih banyak kelab tinju di sekolah-sekolah negeri itu bagi melahirkan lebih ramai peninju muda berbakat untuk diangkat sebagai peninju profesional. 

PTNT tidak menghadapi masalah untuk melahirkan petinju muda berpotensi untuk diketengahkan kerana ia mendapat sokongan Majlis Sukan Negeri Terengganu serta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Terengganu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sukan tinju

Adnan Hussin


Terbaharu, PTNT berjaya menubuhkan Kelab Tinju di Sekolah Menengah (SM) Pelagat, Jertih dalam usaha melahirkan petinju muda selain melatih pelajar dengan disiplin diri menerusi aktiviti sukan. 

Naib Presiden 1 PTNT, Adnan Hussin berkata, penubuhan kelab tinju di sekolah terbabit diharap dapat melahirkan lebih ramai petinju yang akan memberi sumbangan kepada sukan tersebut.

Katanya, ini kerana enam pelajar dari sekolah berkenaan diberi pengiktirafan oleh MSN untuk mewakili Terengganu ke SUKMA  2024 nanti.


Pengetua SM Pelagat Zaleha Husin melakukan gimit penyerahan globe kepada seorang pelajar sempena penubuhan Kelab Tinju sekolah


“Pelajar terbabit akan diberi latihan intensif sepanjang masa oleh jurulatih tinju negeri bagi mencapai sasaran pingat emas dalam temasya tersebut,” katanya.

Enam pelajar terbabit ialah, Muhammad Danish Aiman Mohd Syaiful Fitri, Muhammad Khairul Azmie Zulkipli, Muhammad Shahiru Mat Hasani, Muhamad Syafiq Fauzi dan Muhammad Akim Azmi.  

“PTNT akan mempertaruhkan enam “Muhammad” ini untuk bersaingan dalam sukan tinju di SUKMA 2024,” katanya. 


Pelajar bergambar kenangan bersama Jawatankuasa Persatuan Tinju Negeri Terengganu sempena penubuhan Kelab Tinju


Adnan berkata, selain SM Pelagat satu lagi Kelab Tinju sekolah telah ditubuhkan iaitu di Sekolah Menengah (SM) Tengku Mahmud, Besut. 

“Daerah Besut sememangnya terkenal dengan kelahiran jaguh tinju di negara ini sejak dahulu lagi dan ia akan digarap sepanjang masa bagi mengekalkan status tersebut,” katanya. - KitaReporters


Aksi peninju dari Kelab Tinju Sekolah Menengah Pelagat,Besut

10
11
1
6
0
You will be interested