Seni & Sukan 03 Jun, 2023

Rosakkan Malaysia Madani! Ambil tindakan! Terhadap penganjur Star Vendors Foodstival Melaka! - ABIM

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this

Kredit foto: Melaka Hari Ini


ABIM Negeri Melaka mengecam sekeras-kerasnya tindakan penganjur swasta yang membiarkan aksi tidak senonoh individu di dalam program Star Vendors Foodstival Melaka yang diadakan pada 28 Mei 2023, di MITC, Melaka.

Hal ini merujuk kepada hantaran video yang tular dalam media sosial berkait seorang individu mempamerkan aksi yang bersifat sensual dan menjijikkan di hadapan audiens yang terdiri daripada ibu bapa dan kanak-kanak.

Insiden sebegini selain memberikan imej yang buruk kepada Negeri Melaka dan bertentangan dengan norma masyarakat setempat, ia juga meruntuhkan nilai hormat dan keyakinan yang menjadi teras pembinaan Malaysia Madani. 

Penganjur program hiburan perlu berwaspada dalam memilih individu yang bakal membuat persembahan agar insiden sebegini yang bercanggah dengan norma dan budaya setempat masyarakat, tidak berulang. 

ABIM Negeri Melaka menggesa agar Pihak Berkuasa Tempatan mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung insiden ini sebagai satu bentuk pengajaran. 


Dr Mohd Nurishaq Mohd Fauzi

Yang Dipertua, ABIM Negeri Melaka


10
7
0
11
0
You will be interested