Seni & Sukan 01 Dec, 2022

Video: Tudung labuh dipotong kerana berekor, berfesyen! Penjelasan baik tukang jahit tudung sekolah!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


TULAR sebuah video dalam TikTok, seorang pelajar sekolah yang dilihat sedang diambil tindakan oleh gurunya dengan memotong tudung labuhnya yang 'berekor' yang dikatakan terlalu labuh dan berfesyen.

Guru tersebut dilihat sedang memotong bahagian belakang tudung sehingga menyebabkan pelajar ini berasa sedih.

Daripada penjelasan video tersebut dikatakan pelajar ini mengalami masalah emosi kerana perbuatan guru tersebut. Ekoran itu ada netizen yang berasa marah dan bengang dengan tindakan guru ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bertudung atau berhijab


Namun, ramai yang tidak tahu atau faham isu serta sebab musababnya.

Mengapa tudung pelajar ini dipotong adalah kerana dikatakan fesyen tudung pelajar ini tidak mematuhi peraturan kerana fesyen tersebut dikatakan berbentuk ekor pari dan terjuntai.

Oleh kerana video ini tular, seorang tukang jahit memberi penjelasan bahawa biarpun tudung labuh tetapi tidak wajar untuk membiarkan ekor di bahagian belakang bawah tudung yang terlalu labuh.



“Untuk tudung sekolah labuh TIDAK BOLEH berekor sangat. Dikira fesyen. Kalau jahit kena bulat sikit

"Untuk video yang viral, pandang je lah dr sudut yang baik, kalau tidak kita tak tahu, dah viral, kita yang tailor jadi cakna dgn peraturan sekolah.” 

Sepatutnya warga maya dan orang ramai tidak perlu marah kepada guru ini dan menjadikan kes ini tular kerana dalam peraturan, atau pelajar ini pernah dipesan atau diberi teguran. - KitaReporters


12
11
0
17
0
You will be interested