Seni & Sukan 30 Jan, 2023

Video| Zizan Razak, Hawa Rizwana mengaku bercinta? Salah faham je! Untuk promo drama lakonan bersama!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


NAMA Zizan Razak dan Hawa Rizwana Redzuan dalam dunia hiburan sememangnya menjadi tumpuan para peminat malah dalam kalangan artis jua.

Paling terbaharu, Zizan memuatkan naik gambar bersama Hawa dalam Instagram miliknya dengan 'caption' menarik membuatkan orang ramai membuat andaian mereka ini dalam fasa bercinta. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon Zizan Razak


Ia bukan pertama kali mereka berdua ini dikaitkan dalam kisah cinta malah sebelum ini pun ramai peminat seakan-akan melihat ia benar-benar terjadi. 

Dua-dua masih bujang dan apa salahnya jika pasangan ini disatukan di atas pelamin. 

Hawa sebelum ini adalah pengacara television dan kini telah menjadi pengacara bersama Nabil dalam program MeleTOP.

Malah, mereka juga sering bertemu dalam program tersebut dan pernah berganding bersama sebagai pengacara. 




Melihat ramai yang seakan-akan salah faham, Zizan mengambil pendekatan membuat naik satu lagi video dan menerangkan perkara yang sebenar. 

Menurutnya, gambar tersebut adalah untuk mempromosikan cerita dari lakonan mereka berdua.  Apatah lagi ia adalah lakonan pertama daripada Hawa. Mungkin berlakon sekali mana tahu selepas ini dapat hidup bersama pula. 

Jika melihat penjelasan daripada Zizan, beliau sendiri agak terkejut dengan respons peminatnya dan sepertinya cuba kawal keadaan ya Zizan. 

Apa pun, kita mendoakan moga Zizan akan bertemu dengan jodoh yang terbaik untuk dirinya. Hawa tengah solo tu Zizan, jangan tunggu lama-lama, takut nanti diambil orang. - KitaReporters


17
10
0
8
0
You will be interested