Seni & Sukan 19 Mar, 2023

Kali pertama! Alumni, KGSS UUM anjur kejohanan golf! 120 pemain sertai! RM26,500 dapat dikumpul!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Prof Dr Ahmad Martadha (empat dari kiri) bersama alumni UUM yang mengambil bahagian.

Seramai 120 pemain menyertai Kejohanan Golf Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) anjuran Pusat Alumni UUM dan Kelab Golf Sultan Sallehuddin (KGSS) UUM di Kota Seriemas Golf & Country Club Nilai pada 18 Mac 2023.

Kejohanan julung kali ini disertai oleh Alumni UUM dari tahun 1988 sehingga sekarang.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sukan golf

Pemain-pemain yang menyertai kejohanan Golf Alumni UUM bergambar kenangan sebelum kejohanan bermula.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni ) Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed yang merasmikan majlis penutupan kejohanan ini gembira dengan kehadiran alumni dalam kejohanan yang julung kali dianjurkan secara bersama oleh Pusat Alumni dan KGSS ini.

Katanya, bukan sahaja dapat menyertai dan berjumpa semula malah merapatkan silatulrahim antara ahli-ahli dari bumi Sintok.


Antara aksi pemain yang menyertainya.

Pemain yang menyertai kejohanan ini membuat pukulan dengan teliti.

“Saya yakin penganjuran seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan menghimpunkan lebih ramai pemain golf dalam kalangan alumni,” ujarnya.

Kejohanan kali ini juga memperlihat sumbangan daripada alumni dan badan-badan korporat sebanyak RM26,500 untuk menjayakan kejohanan ini.

Bersempena dengan kejohanan ini pihak urusetia juga menyediakan hadiah dan cabutan bertuah kepada peserta yang mengambil bahagian. - KitaReporters


Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed  (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan.

11
17
0
8
0
You will be interested