Produk & Promosi 17 Apr, 2023

TV terbaharu dari Toshiba TV! OLED 4K TV X9900L OLED pertama di Malaysia! Harga raya RM10,999!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Toshiba TV adalah salah satu jenama televisyen (TV) yang terulung di dunia memperkenal OLED 4K TV X9900L OLED yang pertama di Malaysia. 

Toshiba TV X9900L menampilkan Regza Engine OLED revolusi milik Toshiba yang didatangkan dalam saiz 65”, memiliki kadar segar semula (refresh rate) 120Hz, dan bunyi yang teliti serta bermutu. Semua ini demi pengalaman menonton dan bermain permainan video yang terbaik.

Toshiba TV ditala dengan mahir di Jepun dan dikuasakan oleh Regza Engine OLED dengan pemprosesan teras utamanya serta enjin revolusi AI. 

TV ini dilengkapi spesifikasi tertinggi dengan 120Hz kadar segar semula untuk prestasi yang lancar, pantas dan tiada tandingan dalam memberikan analisis gambaran yang tepat. Teknologi ini memperlihat visual yang menakjubkan hasil latihan dan pelarasan daripada pakar gambar demi menghasilkan visual yang mempesona.



Toshiba TV X9900L dilengkapi dengan teknologi self-luminous serta enjin AI yang bertaraf tinggi, menawarkan kontras, kecerahan serta warna yang tepat dan sempurna. 

Gambar yang realistik ini menjadikan TV ini sebagai pilihan utama para peminat filem dan pemain permainan video. 

Tatsuhiro Nishioka, Pengurus Jenama Toshiba TV Global berkata, "Kami amat berbesar hati dapat melancarkan teknologi canggih seperti OLED 4K TV X9900L di Malaysia yang menampilkan Regza ZR Technology. 

"Para pelanggan boleh merasai kelainan ketika menonton kerana inovasi terkini yang kami tawarkan melalui X9900L akan merevolusikan pengalaman bermain permainan video dan ketika menonton drama di televisyen. 

"Sebagai jenama TV No. 1 di Jepun, kami komited menyediakan keperluan kepada pengguna di seluruh dunia untuk merasai pengalaman yang bermakna dan realistik seiring dengan slogan kami iaitu ‘Realistik dan Menonjol'.” 

TV ini menawarkan visual dan auditori yang menakjubkan sesuai untuk menonton drama dan permainan video kerana ia dilengkapi dengan empat ciri unik berikut - Regza Power Audio Extreme, Tru Colour OLED, Perfect Black dan Clearer Motion OLED. 

Para penonton boleh merasai seolah-olah mereka berada dalam dunia filem yang sedang ditonton dengan warna-warni yang hidup, bunyi yang sangat jelas, impak dentuman bes yang sukar dilupakan serta gerakan yang tidak terlihat cacat-celanya tanpa perlu keluar ke pawagam. 


Kuasa Audio Sekeliling yang Mengasyikkan:

Rasai pengalaman mendengar bunyi dengan teknologi audio bertaraf tinggi yang diinspirasikan dari teater pawagam sebenar dan dikuasakan oleh Regza Power Audio Extreme. 

Ia kemudiannya digabungkan pula dengan Tru Bass Processor, Tru Screen Sound dan Regza 3.1.2 di sekeliling dengan jumlah kuasa sebanyak 113W yang terhasil dari pembesar suara 8 hala 25W Bazooka Bass Woofer lalu mewujudkan bunyi yang tiada tandingan. 

Model X9900L ini telah menguasai psikoakustik bunyi yang mengharmonikan frekuensi dan ditambah pula dengan teknologi canggih DTS HD, Dolby Atmos serta Hi-Res Audio, audio resolusi tinggi untuk menghasilkan audio berkualiti tinggi seperti pawagam sebenar dan bunyi sekeliling sinematik 360. 

Tambahan pula, kesemua teknologi ini mampu menghasilkan semula bunyi-bunyi asal seperti dalam kehidupan sebenar yang amat menakjubkan.

Selain itu, anda boleh menikmati audio yang bukan sahaja kaya dan dinamik bahkan amat seimbang melalui Real Sound Adjuster dan Room Acoustic Optimiser. 

Ciri-ciri ini menjadikan pengalaman mendengar audio sebagai suatu detik mempesonakan sekali gus menghidupkan muzik, filem dan permainan video kegemaran anda yang tidak pernah anda rasai sebelum ini.

Realiti Semula jadi, Tontonan Bertaraf Teater Sebenar:

Nikmati pemandangan bertaraf teater profesional daripada X9900L OLED 4K yang dikuasakan oleh teknologi pencahayaan sendiri (self-luminous) dalam Regza dengan empat kali ganda resolusi Full HD dan empat kali ganda lebih terperinci. 

TV ini memiliki visual 8 juta piksel self-luminous, menghasilkan tona hitam sempurna, kecerahan yang jelas, warna yang tepat, gambar realistik dan warna semula jadi agar visual kelihatan seperti di dunia nyata. 

Peminat tegar permainan video, pemburu adrenalin dan pencinta sukan juga boleh meneroka Sports Mode yang disokong oleh Ultimate Motion 120Hz. 

Ia adalah satu teknologi menganalisis pergerakan dengan mendalam yang berupaya menghalusi babak-babak aksi untuk tontonan yang lancar, jelas dan nyata.



Pengalaman Teater Sinematik di Rumah: 

Televisyen ini dilengkapi dengan ciri-ciri terkini yang memberikan visual berkualiti sinematik. 

IMAX Enhanced merupakan tulang belakang kepada rangka teknologi ini untuk menghasilkan audio dan visual bertaraf teater sinematik IMAX di rumah manakala HDR10+ pula menghasilkan serlahan dan bayangan setepat pawagam. 

Bukan itu sahaja, TV ini turut dilengkapi dengan sistem pintar seperti Dolby Vision IQ yang menggunakan metadata dan kepintaran teknologi Toshiba TV dalam mengesan cahaya sekitar untuk mengekalkan kualiti imej yang optimum. 

Visual Jelas dengan Pelbagai Ciri:

Selain daripada ciri ekslusifnya, OLED 4K  Toshiba TV X9900L juga merupakan TV pintar. Ini bermakna para pelanggan boleh menggunakan fungsi iPhone Apple Airplay untuk penstriman filem, muzik, permainan video, foto melalui iPhone, iPad, atau Mac. 

Dengan sokongan AMD Freesync Premium, para pemain permainan video boleh menikmati kadar segar semula yang dinamik serta kadar bingkai (framerate) yang rendah dan dapat bermain permainan video ini dengan lancar serta tidak tersekat. 

Tambahan pula, Auto Low Latency Mode (ALLM) mampu mengesan dan mengubah mod input secara automatik jadi para pemain tidak perlu bimbang sekiranya skrin tersekat ketika bermain. TV ini ternyata mampu mengubah pengalaman bermain permainan video!

Alami Keselesaan dan Kejelasan: 

Wujudnya teknologi Eye Care OLED dan Tru Wide Viewing Angles dalam TV ini membolehkan pengguna menikmati pengalaman memiliki TV yang prihatin akan kesihatan dan keselesaan mereka. 

Eye Care OLED membantu mengurangkan ketegangan dan keletihan pada mata manakala Tru Wide Viewing Angles memastikan kualiti imej yang jelas serta konsisten walaupun diletakkan di mana-mana saja bahagian rumah. 

Tidak kiralah anda menonton berseorangan atau bersama keluarga mahupun rakan-rakan, TV ini akan memberikan pengalaman menonton yang selesa dan menyeronokkan buat semua orang. 

Toshiba TV X9900L kini boleh didapati di cawangan kedai terpilih dan e-store rasmi pada harga runcit iaitu RM15,999. 

TV yang elegan ini boleh dipesan terlebih dahulu dengan harga raya istimewa iaitu sebanyak RM10,999! 

Satu lagi bonus buat anda yang membuat pratempahan dari kedai tersebut, anda akan menerima E-Voucher TNG bernilai RM700 yang sah sehingga April 30. 

Toshiba TV X9900L merupakan teknologi Jepun yang terbaik. Ia suatu pengalaman yang perlu dicuba bagi mereka yang menghargai kualiti visual dan audio. - KitaReporters/Kenyataan Media


12
11
0
19
0
You will be interested