Dunia 05 Nov, 2019

IDEA UNIK, MENARIK! JOM BUAT KAT MALAYSIA...

@dsa wahab
Bekas wartawan di Kumpulan Media Karangkraf & Akhbar Cabaran Sinar Harian.

Share this
INGIN memiliki sebuah rumah idaman mengikut reka bentuk cita rasa sendiri.
Adakalanya boleh mendatangkan kebingungan. Mana tidaknya, pening memikirkan gabungan ciptaan sendiri dan juga mengikut tren semasa.

Rumah Kontena... Breaux merasa bangga dengan rekaan sepenuhnya, sekali gus menepati segala impiannya untuk memiliki rumah unik dan lain daripada yang lain.


Pereka upahan pula tidak semestinya mampu menunaikan hasrat, maka jalan penyelesaiannya ialah mereka dan menyusun sendiri rekaan seni bina bagi mendapatkan hasil yang sama sekali berbeza.

Itulah yang dibuat oleh pereka, Will Breaux yang semakin terkenal setelah berjaya memiliki sebuah rumah dibina hasil rekaan daripada kontena perkapalan (kargo).

Breaux berkata, keinginan 'menggila' itu semata-mata ingin memperlihatkan rumah kediamannya yang dibina di Houston, Texas, Amerika Syarikat itu kelihatan lain daripada yang lain.

Katanya, sejak tahun 2000 lagi telah berusaha mencari pereka mahir, namun tidak kesampaian sehingga mengambil keputusan membina rumah sendiri sekitar tahun 2011.

Ruang tamu dan istirehat yang selesa luas. Masih ada ruang untuk bergerak bebas.


“Bertahun-tahun lamanya saya mencari pereka tetapi gagal hingga pernah merasa putus asa.

"Saya gigih melihat projek-projek yang sedang dibina, yang mana suka saya tidak teragak-agak mengupah pereka mereka, tapi ada yang terpaksa dibatalkan kerana mereka tidak sanggup memberi apa yang saya mahu.

“Saya sudah lama berkecimpung dalam industri rekaan ini dan kerana itu menginginkan rumah yang nampak lain daripada rumah kebanyakan yang ada,” katanya dalam blog miliknya.

Menurutnya, walaupun bukan seorang yang professional, tetapi atas keinginan yang tinggi dan tekad telah membolehkannya mencipta lakaran 3D sendiri.

“Saya bukanlah kontraktor profesional, tapi banyak masa dihabiskan untuk mempelajari pembinaan rumah terutama daripada kontena.

“Berkat kesabaran… saya berjaya menyusun atur 11 kontena untuk dijadikan rumah tiga tingkat lengkap dengan fasiliti asas seperti ruang tamu, dapur, bilik air, tandas, bilik tidur dan tak ketinggalan ruangan khas meletakkan sangkar burung peliharaan,” katanya yang membina rumah berukuran 2,500 kaki persegi dengan menggunakan kontena sahaja.

Ruangan bilik tidur Breaux.


Cantik... dekorasi dapur yang menggunakan rekaan dalaman berkonsepkan gabungan kayu dan besi.


Rekaan dalaman bilik air moden membuatkan rumah kontena ini bertambah unik.


Sementara itu, katanya lagi, keputusan itu dibuat setelah tertarik dengan tren pembinaan menggunakan kontena barang dan perkapalan yang semakin popular diguna pakai.

“Banyak pemerhatian dibuat antaranya, kontena sesuai dijadikan bahan untuk sebuah bangunan, maka ia sesuai dijadikan rumah memandangkan ia juga cukup praktikal dan tahan lama.

“Kebiasaannya kita menggunakan kontena yang digunakan untuk menghantar barangan kargo kerana ia diperbuat daripada material yang sangat kuat, tahan api dan ribut taufan.

“Dengan itu, rumah kontena ini diyakini lebih selamat dan boleh menjadi tempat perlindungan paling baik,” akhirinya.

Sejumlah 11 kontena disusun atur untuk dijadikan rumah tiga tingkat lengkap dengan fasiliti asas seperti ruang tamu, dapur, bilik air, tandas dan bilik tidur. 

3
8
0
0
0
You will be interested

[VIDEO] MALAYSIA, PAKISTAN, TURKI WUJUDKAN SALURAN TV

Bersetuju untuk mewujudkan saluran televisyen berbahasa Inggeris bagi menangani cabaran Islamophobia

Mohd. Hazli Hassan in Dunia 4 years ago

KERETA MEWAH UNTUK 14 ISTERI DAN 23 ANAK

RAJA Mswati III dari Swaziland membelanjakan AS$17 juta (RM70 juta) bagi membeli ratusan kereta mewah untuk 14 isteri dan 23 anaknya ketika kegawatan ekonomi melanda negara itu
Samadi Ahmad in Dunia 4 years ago

TIGA WANITA CINTA DUA LELAKI BERPENGARUH

Marilyn Monroe, Maria Anna Cecilia Sofia Callas and Jackie Kennedy Onassis berkongsi batang tubuh dan cinta dari dua lelaki berpengaruh, John F Kennedy dan Aristotle Onassis,
Kartini Mohd Noor in Dunia 4 years ago

KEJAM! ANGKARA SEORANG DOKTOR, 900 KENA HIV

900 kanak-kanak di Pakistan dikesan dijangkiti kuman HIV selepas doktor yang merawat kanak-kanak berkenaan dipercayai menggunakan jarum yang sama berulang kali
Yati Yazid in Dunia 4 years ago

KERANA BERHIJAB, NOOR ALEXANDRIA DIHALANG

Noor Alexandria Abukaram, 16, dihalang menyertai pertandingan merentas desa apabila mengenakan hijab dalam satu pertandingan sukan di Amerika Syarikat
Samadi Ahmad in Dunia 4 years ago