Dunia 26 Sep, 2019

[VIDEO] MALAYSIA, PAKISTAN, TURKI WUJUDKAN SALURAN TV

@mohd. hazli hassan
A Mobile Journalist (Mojo) trainer by profession but force to be a scuba diver for food. Have more than 28 years experience in the media industry. Get more info on mobile journalism and mobilegraphy at www.mymojo.my

Share this
TIGA negara, Malaysia, Pakistan dan Turki secara bersama telah bersetuju untuk mewujudkan saluran televisyen berbahasa Inggeris bagi menangani cabaran Islamophobia ketika ini.



Keputusan itu dicapai selepas mesyuarat tiga pihak antara Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di luar Sesi Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-74 di New York, Amerika Syarikat, semalam.

Imran melalui ciapan Twitternya berkata: "... kami bersetuju tiga negara ini akan bersama-sama memulakan saluran televisyen berbahasa Inggeris bagi menghadapi cabaran Islamophobia dan melakukan penjelasan yang tepat bagi agama agong ini - Islam."

"Persepsi negatif (mengenai Islam) yang menyebabkan ramai pihak menentang orang Islam akan diperbetulkan; isu berkaitan kata-kata kufur terhadap Allah akan diterangkan mengikut konteks yang betul; siri dan filem sejarah Islam akan diterbitkan bagi membolehkan ia memberi pengajaran dan pengetahuan kepada masyarakat Muslim dan dunia; orang Islam akan diberikan pendedahan media yang khusus," ciap Imran lagi. 

Dr. Mahathir, yang tiba di New York Selasa lalu mengetuai delegasi Malaysia di UNGA yang turut dihadiri Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah. - Agensi

3
0
0
0
0
You will be interested

FIGHTING IN SYRIA: ICRC IS DEEPLY CONCERNED WITH ESCALATION

In the northeast of Syria (Hassakeh, Raqqa and Deir Ezzor governorates), more than 100,000 people are currently being hosted in camps

Editor 1 in Dunia 4 years ago

KERETA MEWAH UNTUK 14 ISTERI DAN 23 ANAK

RAJA Mswati III dari Swaziland membelanjakan AS$17 juta (RM70 juta) bagi membeli ratusan kereta mewah untuk 14 isteri dan 23 anaknya ketika kegawatan ekonomi melanda negara itu
Samadi Ahmad in Dunia 4 years ago

TIGA WANITA CINTA DUA LELAKI BERPENGARUH

Marilyn Monroe, Maria Anna Cecilia Sofia Callas and Jackie Kennedy Onassis berkongsi batang tubuh dan cinta dari dua lelaki berpengaruh, John F Kennedy dan Aristotle Onassis,
Kartini Mohd Noor in Dunia 4 years ago

IDEA UNIK, MENARIK! JOM BUAT KAT MALAYSIA...

Pereka, Will Breaux semakin terkenal setelah berjaya memiliki sebuah rumah yang dibina hasil rekaan daripada kontena perkapalan (kargo) di Houston, Texas, Amerika Syarikat
DSA Wahab in Dunia 4 years ago

KEJAM! ANGKARA SEORANG DOKTOR, 900 KENA HIV

900 kanak-kanak di Pakistan dikesan dijangkiti kuman HIV selepas doktor yang merawat kanak-kanak berkenaan dipercayai menggunakan jarum yang sama berulang kali
Yati Yazid in Dunia 4 years ago