Dunia 27 Oct, 2019

KERANA BERHIJAB, NOOR ALEXANDRIA DIHALANG

@samadi ahmad
Experience as a Independent Journalist for 20 year, covering various aspect of the news including politics, business, crimes and specializing in Media Events.

Share this
SEORANG remaja Islam, Noor Alexandria Abukaram, 16, menempuh detik hitam apabila beliau hilang kelayakan dan dihalang dari menyertai pertandingan merentas desa apabila mengenakan hijab dalam satu pertandingan sukan di Ohio sebuah negeri di Barat Tengah, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Dari  https://www.facebook.com/NoorAlexandriaAbukaram/ 


Remaja perempuan  berkenaan dari sebuah  sekolah Islam swasta di Sylvania, Ohio,menyertai  larian  itu bagi mewakili sekolah awam tempatan, Northview High School.

Keputusan larangan beliau menyertai acara  itu dikeluarkan oleh seorang pegawai Persatuan Atlet  Sekolah Tinggi Ohio yang  menyatakan undang-undang menyertai sukan itu berubah dari semasa ke semasa.

Keluhan Noor Alexandria itu dipetik melalui Facebooknya Khamis lalu apabila menulis: "Ia seperti mimpi ngeri menjadi kenyataan" yang kemudiannya dilapor seorang penulis sebuah akhbar antarabangsa, The New York Times, Liam Stack yang diciap dalam laman Twitternya pada hari Sabtu minggu yang sama.

Hantaran laporan akhbar berkenaan yang diciap dalamm laman Twitter sejak seminggu lalu itu dikongsi sebanyak 1,299, manakala 9,314 lagi menyukainya.

Melalui siaran  akhbar itu, Noor Alexandria menyatakan pendapat bahawa larangan dikenakan penganjur  itu bersifat diskrimanasi terhadap amalan beragama yang dikenakan kepada dirinya termasuk semua wanita Islam di negara itu.

Sebelum dihalang menyertai sukan  itu, Noor Alexandria pernah menyertai enam pertandingan sebelum ini termasuk bermain bola sepak dan berjogging selama dua tahun dengan mengenakan tudung dan baju lengan panjang.

Beliau yang pernah  mewakili sekolahnya sebelum ini dan telah menyertai sebanyak tiga program sukan peringkat menengah sejak 2016 dengan mengenakan tudung dan tidak pernah mendapat perintah halangan.

"Pada awalnya, saya merasa gembira kerana pasukan kami menyertai pertandingan itu, namun rasa terkejut dan sedih  apabila mengetahui melalui pemeriksaan mendapati tiada nama saya dalam senarai peserta.

"Senarai penyertaan saya igugurkan dan pihak penganjur juga tidak memaklumkan bagi menghalang peserta berhijab untuk menyertai pertandingan itu."

Dari https://www.facebook.com/NoorAlexandriaAbukaram/


Noor Alexandria turut meluahkan rasa kebimbangan kerana terdapat segelintir pegawai sukan yang  menimbulkan masalah kepada dirinya ketika mengadakan pemeriksaan tudung yang digunakannya termasuk rakan pasukannya yang diarah menukar pakaian kerana dikatakan tidak sesuai ketika  menyertai aktiviti itu.

"Salah seorang pegawai pertandingan mengarahkan rakan pasukan untuk menukar seluar pendek dan beliau akur berbuat demikian  bagi melayakkan dirinya menyertai pertandingan itu. 

"Pakaian yang saya gunakan ini adalah sama yang  digunakan oleh atlet sukan berpagar Amerika Syarikat, Ibtihaj Muhammad ketika menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 2016 yang memenangi  pingat gangsa.

"Saya benar-benar dimalukan seperti badut dan pada masa, penyertaan juga dibatalkan. Semua orang tahu, kecuali saya," katanya.

Rata-rata netizen yang berkongsi momen dalam laman Facebooknya turut kesal dengan kejadian itu, di samping  memberi sokongan kepada Noor Alexandria.

 

Sepupu beliau,Sylvania Northview turut berkongsi dalam Facebook dan menulis, atlet Amerika yang menyertai sukan Olimpik Musim Panas 2016  juga mengenakan pakaian yang sama dan bagaimana masih ada pihak yang bersikap diskriminasi dalam soal agama ketika ada dalam kalangan  atlet yang berhijab.

Beliau turut memberi peringatan, pakaian yang diguna oleh Noor Alexandria itu direka khas oleh pengeluar jenama pakaian sukan terkemuka, Nike yang menyediakan pakaian khusus untuk wanita Islam berhijab.

Bagi Ken Clark, yang turut bersimpati dengan insiden itu, menulis dan menasihatkan Noor Alexandria untuk menjaga kepala (rambut) bagi memastikan beliau mengikuti syariat Islam dan tidak tersasar dari kehidupan.

Beliau juga berharap  Noor Alexandria mengambil sikap positif dalam menghadapi kesulitan itu dan menjadikan insiden itu sebagai penguat dirinya untuk menghadapai cabaran pada masa depan.

Sementara itu, seorang lelaki menulis dan memohon maaf bagi pihak individu yang jahil dan berfikiran sempit  untuk menerima budaya orang lain itu.

Tulisnya lagi, masih terdapat sesetengah golongan yang merasa takut dan terancam oleh seorang atlet yang hanya memakai hijab pada kepalanya serta menyifatkan diskriminasi seperti itu tidak memberi apa-apa faedah, sebaliknya menjadikan remaja itu seorang yang hebat.

dari https://says.com/my/sports/muslim-student-athlete-disqualified-from-race-for-running-in-her-hijab


Noor Alexandria berkata, jurulatihnya juga memohon maaf kepada beliau dan menyatakan bahawa dia tidak memohon pengecualian bagi membolehkan dirinya untuk menyertai pertandingan itu.

Katanya, beliau turut dimaklumkan larang dari menyertai pertandingan itu kerana mengenakan  hijab yang  dianggap melanggar etika pakaian ketika menyertai aktiviti sukan itu.

Jurucakap Persatuan Atlet  Sekolah Tinggi Ohio, Tim Stried turut mempertahankan keputusan rasmi itu  sebagai pihak yang  menguatkuasakan peraturan berkenaan.

"Persatuan melihat peraturan itu berpotensi untuk diubah bagi memberi peluang pakaian sedemikian boleh digunakan dan tidak memerlukan pengecualian pada masa depan," katanya.

  

Dari https://twitter.com/ibtihajmuhammad/status/1102292639427178496

4
0
4
0
0
You will be interested

[VIDEO] MALAYSIA, PAKISTAN, TURKI WUJUDKAN SALURAN TV

Bersetuju untuk mewujudkan saluran televisyen berbahasa Inggeris bagi menangani cabaran Islamophobia

Mohd. Hazli Hassan in Dunia 4 years ago

KERETA MEWAH UNTUK 14 ISTERI DAN 23 ANAK

RAJA Mswati III dari Swaziland membelanjakan AS$17 juta (RM70 juta) bagi membeli ratusan kereta mewah untuk 14 isteri dan 23 anaknya ketika kegawatan ekonomi melanda negara itu
Samadi Ahmad in Dunia 4 years ago

TIGA WANITA CINTA DUA LELAKI BERPENGARUH

Marilyn Monroe, Maria Anna Cecilia Sofia Callas and Jackie Kennedy Onassis berkongsi batang tubuh dan cinta dari dua lelaki berpengaruh, John F Kennedy dan Aristotle Onassis,
Kartini Mohd Noor in Dunia 4 years ago

IDEA UNIK, MENARIK! JOM BUAT KAT MALAYSIA...

Pereka, Will Breaux semakin terkenal setelah berjaya memiliki sebuah rumah yang dibina hasil rekaan daripada kontena perkapalan (kargo) di Houston, Texas, Amerika Syarikat
DSA Wahab in Dunia 4 years ago

KEJAM! ANGKARA SEORANG DOKTOR, 900 KENA HIV

900 kanak-kanak di Pakistan dikesan dijangkiti kuman HIV selepas doktor yang merawat kanak-kanak berkenaan dipercayai menggunakan jarum yang sama berulang kali
Yati Yazid in Dunia 4 years ago