Agama 18 Oct, 2019

TAHU KENAPA KITA MENGELUH, TAK TENANG?? BACA NI...

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel: normalahamzah251@gmail.com

Share this
ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi Jumaat yang barokah, penghulu segala hari. 

Kongsi minda, bersih jiwa.

Renungan

Bersyukur!

Perkataan indah yang mempunyai sejuta nikmat.

Bersyukurlah di atas sejadah.

Selalukah anda bersyukur?

Jika ada alhamdulillah.

Bersyukur merupakan kata yang paling kerap diucapkan, sebagai penenang bagi diri sendiri.

Tapi tak banyak orang yang melahirkan rasa syukur itu pada dirinya. Masih ramai yang mengeluh pada kehidupan yang sedang dialaminya.

Sehingga kata bersyukur seperti tak bawa makna langsung sedang Allah sudah bagi banyak nikmat. Jika benar-benar diterapkan dalam hidup, banyak manfaat bagi diri sendiri dengan kebaikan berlipat ganda.

Sebenarnya, dalam hidup ini ada masanya kita dapat meningkatkan perasaan lebih tenang dan membuat hati menjadi bahagia jika kita selalu bersyukur.

Semakin banyak bersyukur semakin kita positif karena kita akan memandang segala sesuatu dari sudut yang positif juga walau dalam setiap kejadian buruk sekali pun sebab ada hikmah dan pelajaran baik di sebaliknya.

Secara tidak disedari, rasa syukur yang selalu kita panjatkan kepada Allah dapat memudahkan apa yang kita inginkan. Semakin banyak memanjat rasa syukur semakin kuat dirasakan nikmat-Nya.

Menjadikan hati tenang, antara nikmat bersyukur dalam hidup. Kita akan selalu berada dalam perasaan yang tenang sehingga membuat hidup menjadi lebih tenteram dan damai.

Karena dengan selalu bersyukur pada setiap keadaan, kita tahu bagaimana cara mencari kebahagiaan untuk diri sendiri supaya barokah.

Apabila bersyukur, kita lebih selesa menjalani kehidupan.

Ditambahkan nikmat oleh Yang Maha Kuasa.

Allah telah berjanji akan memberikan nikmat lebih bagi hamba-Nya yang senantiasa bersyukur dalam apapun keadaan mereka.

Sebaliknya, jika selalu mengeluh dan tidak mensyukuri hidup maka kita akan terus diuji.

Ingatlah..

Jangan lupa bersyukur dan berterima kasih kepada Allah atas apa yang diberikan kepada kita.

Selalu bersyukur bukan hanya pada saat tertentu sahaja.

Bila sedih juga kita perlu bersyukur kerana terpilih menerima ujian-Nya.

Tidak mengeluh dan menerima apa yang telah Allah SWT berikan pasti menjadikan kita yang sedang menjalani kehidupan terasa sangat bersyukur.

Orang yang bersyukur tidak pernah akan merasa kekurangan.

Manusia yang berusaha untuk mengucap syukur Allah akan memberikan tambahan nikmat kepadanya.

Setiap orang yang bersyukur pasti akan merasa bahagia dan memiliki wajah yang selalu senang serta akan lebih dihormati oleh orang lain.

Orang yang bersyukur kebanyakannya juga selalu positif.

Sekalipun dia dalam keadaan sedih tetapi akan senantiasa percaya kepada perancangan Allah.

Sering bersyukur meningkatkan kesejahteraan hidup termasuk nikmat kesihatan.

Karena bersyukur juga ternyata dapat membuat seseorang terhindar dari penyakit hati. Amalkan, insya-Allah nampak hasilnya.

🌹❤️ Bahagia bukan kerana kita banyak harta tapi kerana hati yang sentiasa bersyukur dan cukup dengan apa yang Allah bagi ❤️🌹

0
0
0
0
0
You will be interested

ALLAH SETIA MENUNGGU, MERINDUI RINTIHAN, DOA KITA

Kongsi minda bersih jiwa. Ada antara kita, mengalah dengan ujian Allah. Sedang Allah setia menunggu, nak dengar rintihan dan doa daripada hamba yang amat dirindui-Nya.

Normala Hamzah in Agama 4 years ago

MANFAAT DUA AYAT TERAKHIR AL-BAQARAH

KITAB al-Quran yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui Jibril AS mempunyai seribu satu rahsia
Hashnan Abdullah in Agama 4 years ago

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SELANGOR MERIAH

Seramai 45 kakitangan dan pelajar UIAM menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul 1441 Hijrah Peringkat Negeri Selangor di Shah Alam, Selangor pada Sabtu (9/11/2019) lalu
Roslan Rusly in Agama 4 years ago

MOH KITA "INGAT NABI, SEBUT NABI, JAGA NABI"

Umat Islam hendaklah menghayati dan mencontohi sikap dan pekerti mulia baginda SAW untuk diterapkan dalam kehidupan seharian
Ahmad Abd Hamid in Agama 4 years ago

INI SYAHADAH PALING 'NERVOUS' - BRO FIRDAUS

Bagi Bro Firdaus, selepas 14 tahun memeluk agama Islam, pimpinan dua kalimah syahadah untuk ibunya sendiri adalah satu detik yang pasti tidak akan dapat dia lupakan.
Mohd. Hazli Hassan in Agama 4 years ago