Agama 09 Oct, 2019

RAMAI ARTIS BERHIJRAH SELEPAS DR SAM SENDIRI SUAP MAKANAN

@sahbulah mohamad darwi
Pernah berkhidmat selama 13 tahun dengan akhbar arus perdana tempatan sebagai wartawan dan Ketua Biro. Kini bertugas sebagai pengurus dalam bidang industri media.

Share this
"SAYA biasanya akan suapkan makanan ke mulut mereka semasa makan bersama-sama." 

Demikian kata artis selebriti, dR. Sam, 66, atau Haji Salim Ibrahim ketika ditanya mengenai rahsianya berjaya menarik ramai artis dan selebriti berhijrah kepada Muslim sejati.

dR. Sam (dua dari kanan) menyampaikan sesi perkongsian tentang liku-liku penghijarahannya kepada para jemaah. Turut hadir ialah pelakon Hairie Othman (dua dari kiri). 


Menurutnya, hidayah hanya milik Allah SWT, namun apa yang dilakukannya hanya berusaha dengan cara yang nasihatkan oleh alim ulama. 

Katanya, menyuap makanan kepada rakan-rakan akan menimbulkan kesan luar biasa dari segi kemesraan dan kasih sayang. 

"Ini adalah sunnah Nabi Muhammad s.a.w iaitu baginda sendiri menyuapkan makanan kepada para sahabat r.hum dan ahli keluarga," katanya ketika menyampaikan sesi perkongsian 'Forum Bicara Hijrah: Hari ini lebih baik dari semalam' di Masjid At-Taqwa Pekan Banting, Kuala Langat, Selangor baru-baru ini. 

Beliau berkata, adalah penting dakwah dijalankan mengikut sunnah Nabi s.a.w termasuklah berbicara dengan lemah lembut dan sentiasa bersangka baik kepada saudara se-Islam. 

Kata dR. Sam, jangan sesekali ada fikiran sangkaan buruk terhadap artis-artis itu, walau bagaimanapun keadaan mereka. 

Katanya, ada sesetengah golongan artis sebenarnya yang jauh lebih baik berbanding segelintir anggota masyarakat, cuma mereka masih tercari-cari hakikat kejayaan dan kebahagian yang sebenar. 

dR. Sam lazimnya mengajak rakan-rakan untuk khuruj selama 3 hari iaitu keluar di jalan Allah untuk tujuan tingkatkan iman dan amal. 

"Di situ, mereka akan merasai sendiri kemanisan iman dan mahu berubah ke arah yang lebih baik," katanya. 

Selain itu, katanya, pelbagai pengalaman manis telah dilalui ketika mengislahkan golongan artis, tetapi pada masa yang sama, ia memberi pengajaran berguna di samping mengislahkan dirinya sendiri juga. 

Mengimbau kisah mula penghijrahannya, beliau berkata, walaupun ketika zaman dia berada di puncak kejayaan dari sudut keduniaan, namun hatinya berasa tidak tenang dan masih tercari-cari kejayaan sebenar.

"Tiba-tiba suatu hari datang satu jemaah dakwah ketuk pintu rumah saya, mereka cakap dengan lemah lembut dan ajak saya ke satu majlis di masjid," katanya yang pernah terkenal dengan lagu 'Saya Anak Malaysia'.

Ketika berada dalam majlis itu, beliau mendengar penceramah mengatakan bahawa kejayaan ada dalam agama dengan mentaati perintah Allah dan ikut cara sunnah nabi s.a.w. 

"Bila dia cakap begitu, terus hati saya rasa tersentuh kerana sebelum ini saya sangka kejayaan itu bila saya jadi kaya raya dan album laris dijual," katanya, yang seterusnya mula mengikut jemaah dalam tempoh 3 hari dan seterusnya mengubah kehidupannya hingga sekarang.

Nasihatnya kepada umat Islam ialah sentiasa menjaga solat fardu berjemaah. 

Bukan sahaja ia penting kerana adalah tuntutan agama dan mengikut cara sunnah Nabi Muhammad s.a.w tetapi juga solat berjemaah dapat memberi kekuatan kepada seseorang untuk menjadi mukmin sejati.


6
4
0
0
0
You will be interested

TAHU TAK? BAIK BURUK ANAK BERASASKAN BAIK BURUK KITA

INSTITUSI Kekeluargaan memainkan peranan penting dalam membentuk acuan masyarakat positif dan berwawasan pada masa depan di negara ini.

Isa Ramli in Agama 4 years ago

MANFAAT DUA AYAT TERAKHIR AL-BAQARAH

KITAB al-Quran yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui Jibril AS mempunyai seribu satu rahsia
Hashnan Abdullah in Agama 4 years ago

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SELANGOR MERIAH

Seramai 45 kakitangan dan pelajar UIAM menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul 1441 Hijrah Peringkat Negeri Selangor di Shah Alam, Selangor pada Sabtu (9/11/2019) lalu
Roslan Rusly in Agama 4 years ago

MOH KITA "INGAT NABI, SEBUT NABI, JAGA NABI"

Umat Islam hendaklah menghayati dan mencontohi sikap dan pekerti mulia baginda SAW untuk diterapkan dalam kehidupan seharian
Ahmad Abd Hamid in Agama 4 years ago

INI SYAHADAH PALING 'NERVOUS' - BRO FIRDAUS

Bagi Bro Firdaus, selepas 14 tahun memeluk agama Islam, pimpinan dua kalimah syahadah untuk ibunya sendiri adalah satu detik yang pasti tidak akan dapat dia lupakan.
Mohd. Hazli Hassan in Agama 4 years ago