Agama 04 Oct, 2019

JOM KITA DOA YANG BAIK, MINTA YANG BAIK, FIKIR YANG BAIK

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel: normalahamzah251@gmail.com

Share this
ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi Jumaat yang barokah, penghulu segala hari. 

Kongsi minda bersih jiwa.

Renungan

Doa penawar hidup

Allah sebaik tempat mengadu

Berdoa jangan putus

Mulakan dengan bismillah

Senyum

Fikir yang baik

Doa yang baik

Minta yang baik

Insya-Allah yang dapatpun baik baik juga

Berdoalah semoga Allah permudahkan urusan kita.

Dalam kehidupan setiap orang akan diuji. Akan tetapi setiap kesulitan yang dihadapi berbeza-beza antara satu sama lain.Ada yang ujiannya cepat berlalu ada yang cukup lama sehingga menganggu hidup.

Pernah tak terfikir kenapa jadi begitu?

Kita lebih suka merungut.

Selain usaha, doa merupakan senjata paling beharga untuk memberi ketenangan dan mencapai hajat.

Jika bukan hari ini makbul, mungkin esok, atau mungkin lusa. Allah SWT bukan sengaja hendak melambat-lambatkan permintaan hamba-Nya, sebaliknya Dia sedang mempersiapkan hajat itu tepat pada waktunya.

Mungkin karena kita yang diuji itu tidak berdoa dan meminta pertolongan kepada Allah SWT yang mencipta dan memudahkan setiap kehidupan manusia.

Sedangkan kita tahu, Dia sebaik-baik tempat untuk mengadu.

Sebaiknya jadikan amalan dengan membaca doa harian yang diwarisi daripada Rasulullah S.A.W.

Apa pun yang kita mohon pada Allah SWT, bersabarlah.

Ingatlah...Tugas kita sebagai hamba-Nya hanya meminta, selebihnya apa yang diberikan Allah SWT perlu diterima dengan hati yang ikhlas, redha dan sentiasa bersyukur.

Bacalah doa pada setiap masa. Walau sesibuk mana, luangkan masa untuk menghafal doa-doa mudah.

Teknologi semakin canggih. Jangan leka dengan duniawi, manfaatkan teknologi dengan mencari amalan sebaik-baiknya untuk diamalkan dalam hidup sebagai bekalan.

Ya Allah Ya Tuhanku. Kau tahu apa yang terbaik untuk kami. Makbulkan doa kami. Bahagiakan kami dunia akhirat.

❤️🌹 Jangan pernah berhenti berdoa jika apa yang diminta itu tidak dikabulkan. Allah SWT Maha Mendengar. Dia mahu memberi sesuatu itu tepat pada waktunya. ❤️🌹

9
2
1
0
0
You will be interested

TAHU TAK? BAIK BURUK ANAK BERASASKAN BAIK BURUK KITA

INSTITUSI Kekeluargaan memainkan peranan penting dalam membentuk acuan masyarakat positif dan berwawasan pada masa depan di negara ini.

Isa Ramli in Agama 4 years ago

MANFAAT DUA AYAT TERAKHIR AL-BAQARAH

KITAB al-Quran yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui Jibril AS mempunyai seribu satu rahsia
Hashnan Abdullah in Agama 4 years ago

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SELANGOR MERIAH

Seramai 45 kakitangan dan pelajar UIAM menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul 1441 Hijrah Peringkat Negeri Selangor di Shah Alam, Selangor pada Sabtu (9/11/2019) lalu
Roslan Rusly in Agama 4 years ago

MOH KITA "INGAT NABI, SEBUT NABI, JAGA NABI"

Umat Islam hendaklah menghayati dan mencontohi sikap dan pekerti mulia baginda SAW untuk diterapkan dalam kehidupan seharian
Ahmad Abd Hamid in Agama 4 years ago

INI SYAHADAH PALING 'NERVOUS' - BRO FIRDAUS

Bagi Bro Firdaus, selepas 14 tahun memeluk agama Islam, pimpinan dua kalimah syahadah untuk ibunya sendiri adalah satu detik yang pasti tidak akan dapat dia lupakan.
Mohd. Hazli Hassan in Agama 4 years ago